Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Insulin Tindakan Jangka Sederhana

Jenama:

Insulatard®, Insugen-N®

Kegunaan:

Merawat penyakit kencing manis

Cara pengambilan:

Dos adalah bergantung kepada individu

Disuntik pada waktu malam sebelum tidur

Kesan sampingan:

Kesan sampingan yang biasa:

  • Reaksi alahan ubat (ruam)
  • Paras gula darah rendah (hipoglisemia)
  • Kenaikan berat badan
  • Perubahan fizikal pada kawasan suntikan

Sila beritahu doktor jika kesan sampingan tersebut berterusan atau bertambah teruk.

Kesan sampingan yang serius tetapi jarang berlaku:

  • Reaksi alahan ubat (ruam, bengkak mulut atau mata, sesak nafas)
  • Bengkak

Sila beritahu doktor dengan segera jika mengalami kesan sampingan yang serius.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan-kesan sampingan yang boleh berlaku. Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi untuk maklumat lanjut. 

Penggunaan jika mengandung:

Kategori C: boleh digunakan jika kebaikan melebihi risiko – kajian pada haiwan memberi kesan terhadap janin atau tiada kajian terhadap wanita / haiwan mengandung

Penggunaan jika menyusukan anak:

Selamat digunakan – kesan terhadap bayi adalah minimum / rendah

Kontraindikasi:

  • Sejarah reaksi alahan terhadap ubat ini atau bahan dalam ubat ini

Sila hubungi doktor atau pegawai farmasi anda untuk maklumat lanjut.

Dikemaskini pada 16 Mac 2018
Rujukan: Lexicomp®, Micromedex®

Sila pilih ubat seterusnya: